Friday, January 26, 2018

MY OLE-OLE

My Ole-Ole. Apa itu My Ole-Ole? Ianya merupakan satu sumbangan barangan kepada individu/keluarga/masyarakat yang memerlukan bantuan. Sejarah My Ole-Ole? Ianya bermula atas kesinambungan Tsunami di Acheh pada tahun 2005 di mana kami mengumpul keperluan asas hasil sumbangan dari masyarakat kemudian diletakkan dalam "goodie bag" dan menghantarnya ke Acheh, Indonesia. Lantaran dari itu kami meneruskan usaha ini dan menamakan ia sebagai My Ole-Ole di mana "My" bermaksud Malaysia dan "Ole-Ole" bermaksud suatu pemberian berbentuk hadiah/buah tangan kepada orang-orang tertentu. Apakah bentuk Bantuan atau sumbangan yang diberikan? Sumbangan yang diberikan adalah Kemudahan asas seperti Makanan, pakaian, barang wanita, ubat gigi,deodorant, bedak, peralatan lain(barangan sekolah/banjir) dan seumpamanya. Siapakah yang menerima sumbangan My Ole-Ole? Ianya diberikan kepada individu atau keluarga yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa mahupun agama seperti :- 1)warga emas 2) keluarga yang ada pesakit terlantar di rumahnya. 3)keluarga yang ada kematian keluarga. 4)ibu tunggal yang banyak tanggungan anak 5)mangsa bencana (kebakaran/banjir/tanah runtuh) Bagaimanakah kami mendapatkan sumbangan ini? Sumbangan ini datangnya daripada keprihatianan jasa murni masyarakat yang berbilang bangsa mahupun agama terutama sekali ketika kami membuka booth di shopping complex ataupun melalui media sosial seperti Facebook/whatsapp/instagram/flyers dan seumpamanya. Di manakah tempat untuk menghantar sumbangan ini? Anda boleh menghantar terus kepada kami di Pusat Aktiviti Salam Sarawak(Yayasan Salam Malaysia), Lorong Kenanga 5, Jalan Bunga Kenanga, Gita, Kuching. My Ole-Ole ini dikelola oleh Yayasan Salam Malaysia(Salam Sarawak) dan anda boleh lawati juga di fb kami iaitu; Salam Sarawak atau boleh layari, salamsarawak.blogspot.com atau www.salam.org.my Apakah Harapan Kami? Adalah satu harapan kami untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kepada golongan sasar atau mereka yang kurang bernasib baik disamping menggalakan masyarakat agar bersukarela. "Satu Sumbangan Sejuta Harapan" Boleh hubungi/whatsapp saya: Hamzah (01114041289) Atau email, sabarbanyak2@gmail.com Pegawai yang terlibat sama ialah; Saudari Zakiah Haji Ahmat Saudari Aisah Haji Mohamad Sekian Terima Kasih